Operasi yang diketahui Pasukan_Khas_Laut

Kepulauan Spratlys

  • PASKAL dan Grup Gerak Khas Tentera Darat dihantar bertugas menjaga pulau-pulau kecil yang berhampiran dengan perairan Malaysia, khasnya kepulauan Spratlys. Dua detasemen elit ini telah ditempatkan di Terumbu Ubi, Terumbu Mantanani dan Terumbu Layang-Layang serta Terumbu Siput dan Terumbu Peninjau.

UNIVEM II, Angola

  • PASKAL yang diketuai oleh Leftenan Komander Anuar bin Alias pernah terlibat dalam misi pengaman PBB di Angola iaitu UNIVEM II pada tahun 1998. Antara insiden yang melibatkan pasukan ini ialah ketika konvoi yang membawa bekalan dihantar ke kawasan bandar, unit PASKAL dan tentera Namibia yang terlibat telah diserang oleh lima orang puak pemberontak semasa dalam perjalanan. Seorang pemandu trak konvoi terkorban dan beberapa orang awam didalam kenderaan cedera. Komander Anuar dengan beraninya berjaya menghalau pemberontak tersebut daripada merampas bekalan sungguhpun beliau tidak bersenjata dan ia pasti membahayakan diri beliau. Keberanian beliau dalam misi ini menyebabkan beliau diangugerahkan dengan "Pingat Gagah Berani" oleh Yang DiPertuan Agung.

MALCON-UNIFIL

  • PASKAL turut terlibat bersama 10 Briged Para, Grup Gerak Khas dan PASKAU dalam tugas misi PBB di Lubnan yang dikenali sebagai MALCON-UNIFIL. Pasukan-pasukan ini diaturgerak sebagai Pasukan Tindakan Pantas (Quick Reaction Force - QRF) didalam misi pengaman di negara yang mengalami kemusnahan akibat serangan rejim Zionis Israel.

Operasi Fajar-Somalia

  • PASKAL terlibat secara langsung dalam operasi menyelamat Kapal Melati Bunga 2 dan Melati Bunga Bunga 5 yang ditawan secara berasingan oleh lanun Somalia.PASKAL melakukan tugas merisik dan juga memberi perlindungan secara terus setelah 2 buah kapal tersebut dibebaskan oleh lanun Somalia.Operasi ini melibatkan beberapa aset ATM iaitu KD LEKIU,KD SRI INDERAPURA,Grup Gerak Khas,PASKAU dan Nuri TUDM.

Insiden Kapal Bunga Laurel

  • Pada 20 Januari 2011, sebuah kapal tangki MT Bunga Laurel disewa Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia Bhd (MISC) dikatakan dalam perjalanan menghantar muatan minyak pelincir dan bahan kimia jenis ‘ethylene dichloride’ dari Asia Barat ke Singapura, tetapi diserang tujuh lelaki bersenjatakan mesingan AK-47 dan pistol menaiki sebuah bot laju di Teluk Aden, kira-kira 300 batu nautika ke timur Muscat, Oman. Bertindak atas panggilan kecemasan itu, Pasukan Khas Laut TLDM diatur gerak untuk misi menyelamat menggunakan bantuan kapal auxiliary (bantuan dan tugas-tugas khas) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Bunga Mas 5 yang berada kira-kira 14 batu nautika dari tempat kejadian. Operasi turut mendapat bantuan tambahan dari sebuah helikopter jenis Fennec TLDM yang dilancarkan oleh kapal bantuan Bunga Mas 5 melepaskan tembakan dari udara, kapal tangki berjaya ditawan semula kira-kira jam 1.20 pagi. Difahamkan, tiga lanun yang berada di atas kapal tangki berkenaan cedera parah dalam kejadian berbalas tembak dan diberi rawatan oleh pasukan terbabit sebelum ditahan untuk tindakan lanjut.[6]

Rujukan

WikiPedia: Pasukan_Khas_Laut http://navypaskal.blogspot.com http://members.tripod.com/~gerak_khas/paskal.htm http://www.youtube.com/watch?v=-rf1ju4EMLk&feature... http://www.youtube.com/watch?v=KVKrq2-2eSU http://www.youtube.com/watch?v=eJz15OscXTk&feature... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0122&p... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://pusmas.navy.mil.my/index.php/sejarah-tldm/h... http://www.navy.mil.my/